Aku pergi ke sawah dan melihat budak2 mandi .
Aku duduk di atas jambatan melihat mereka.Aku tak berani mandi sebab airnya dalam dan aku tidak tahu berenang serta aku amat takut dengan lintah.
Tiba-tiba seorang budak menolak aku jatuh ke tali air sawah dan airnya amat dalam.
Aku tidak tahu berenang dan terkapai2 timbul tenggelam.
Aku menjerit dan kawan aku bernama MANSOR MAT TAWI ,terjun dan selamatkan aku .
Aku tercungap2 hampir lemas.
Selepas kejadian,aku trauma pergi lagi ke sana.
Sehingga kini ,aku masih bertemu Mansor dan mengeteh di Pengkalan Balak .
Bulatan MERAH ,kawan aku Mansor .
Aku? korang carilah sendiri ..............
No comments:
Post a Comment